Pengawal peribadi Raja Arab Saudi mati ditembak rakan sendiri

Pengawal peribadi Raja Arab Saudi mati ditembak rakan sendiri

RIYADH,. PENGAWAL peribadi Raja Salman Abdulaziz dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh rakan baiknya sendiri pada Sabtu.

Jeneral Abdel Aziz al-Fagham dikatakan berkunjung ke kediaman rakannya, Mamdouh bin Meshaal Al Ali pada Sabtu malam sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.

Jurucakap pihak berkuasa Arab Saudi berkata, selepas bertelagah, Ali kemudian meninggalkan kediamannya itu sebelum kembali membawa pistol dan melepaskan tembakan ke arah Fagham.

Bagaimanapun, Ali kemudiannya ditembak mati oleh pengawal peribadi Fagham kerana suspek enggan menyerah diri.

Media antarabangsa melaporkan, insiden berkenaan berlaku akibat perselisihan peribadi antara mereka, namun tiada sebarang butiran lanjut diberikan pihak polis.

Kejadian berkenaan juga dilaporkan berlaku di luar waktu tugas Fagham sebagai pengawal Raja Arab Saudi itu.

Selain Fagham, tujuh mangsa lain pula dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan termasuk pasukan keamanan.

Kelibat Fagham sering kelihatan di sisi Raja Salman dan beliau merupakan seorang personaliti yang dikenali dalam kalangan masyarakat Arab Saudi.

Laporan media antarabangsa turut menyebut, Fagham seorang yang sangat rapat dengan Raja Salman selain pernah berkhidmat dengan Allahyarham Raja Abdullah yang sebelum ini memerintah Arab Saudi.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )