Pengeluaran akaun satu KWSP tidak dibenar sebelum umur persaraan

Pengeluaran akaun satu KWSP tidak dibenar sebelum umur persaraan

KUALA LUMPUR,. Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran simpanan dari akaun satu atau akaun persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan asas sebanyak RM240,000 bagi memastikan kelangsungan hidup semasa persaraan.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata meskipun begitu, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran bagi tujuan lain antaranya berkaitan perumahan, insurans hayat, pendidikan, kesihatan, penyakit kritikal dan kesuburan menerusi akaun sejahtera atau akaun dua.

“Akaun fleksibel atau akaun tiga pula diwujudkan bagi membenarkan (pencarum) membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sama ada kerajaan bersedia mengubah polisi untuk membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan daripada akaun satu sebelum mencapai umur persaraan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )