Pengeluaran i-Kad digantung sementara kerana isu teknikal – Imigresen

Pengeluaran i-Kad digantung sementara kerana isu teknikal – Imigresen

PUTRAJAYA,. Pengeluaran i-Kad bagi pekerja asing digantung buat sementara waktu sejak 17 Julai tahun ini disebabkan beberapa isu teknikal, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata berikutan itu, pekerja asing dikehendaki membawa pasport mereka buat masa ini, katanya.

“Kami sedang berusaha yang terbaik untuk mengatasi isu-isu (teknikal) secepat mungkin,” kata Khairul Dzaimee ketika dihubungi, di sini hari ini.

I-Kad diperkenalkan pada 2014 sebagai kad pengenalan untuk warga asing bagi membantu pihak berkuasa mengesan pendatang tanpa izin.

I-Kad dikeluarkan berdasarkan sektor pekerja asing bekerja – dibezakan melalui warna kad – ekspatriat (emas), pertanian (hijau), perladangan (oren), pembinaan (kelabu), perkhidmatan (kuning), pembuatan (merah) dan pembantu rumah (coklat).

i-Kad dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih termasuk biometrik dan barkod untuk memudahkan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )