Pengeluaran iPhone 13 terjejas akibat kekurangan bekalan cip

Pengeluaran iPhone 13 terjejas akibat kekurangan bekalan cip

SYARIKAT teknologi Apple dilapor terpaksa mengurangkan pengeluaran iPhone 13 di pasaran ekoran bekalan cip pemprosesan yang terjejas. Memetik laporan agensi Bloomberg, situasi itu menyebabkan pengeluaran telefon pintar berkenaan berkurangan sebanyak 10 juta unit bagi tahun 2021.

Dagangan saham Apple turut jatuh sebanyak 1 peratus susulan laporan.

Masalah berkenaan disebabkan kegagalan pembekal cip Broadcom dan Texas Instruments yang gagal menyediakan kuantiti komponen secukupnya. Ia sekali gus memaksa Apple untuk mengurangkan engeluaran.

“Apple telah memberi makluman awal kepada pelaburnya, masalah rantaian bekalan itu boleh memberi impak kepada pembekalan iPhone untuk suku tahun ini. “Kekurangan cip global sejak lebih setahun telah memberi kesan kepada semua syarikat global.

“Ketersediaan silikon yang terhad secara keseluruhan memberi impak kepada industri automobil, apabila penghasilan kereta turut terjejas ekoran pengeluar tidak mempunyai bekalan cip yang mencukupi,” menurut laporan itu lagi.

Bloomberg berkata, Apple akan membuat pengumuman mengenai pendapatannya pada 28 Oktober ini, termasuk pemakluman situasi semasa mengenai Apple 13 dalam pasaran.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)