Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1

Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1

SHAH ALAM,. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula jam 9:00 pagi tadi sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, hari ini.

Pada pengguna yang masih mendapat bekalan air sila simpan untuk kegunaan sehingga semua penambahbaikan dan selenggaraan siap seperti masa yang di tetapkan bekalan air selangor.


Para pengguna juga dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Untuk info lanjut berhubung gangguan bekalan air berjadual di kawasan-kawasan terjejas, layari waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)