Pengguna Mengeluh, WhatsApp Gagal Berfungsi Secara Tiba-Tiba di Seluruh Negara

Pengguna Mengeluh, WhatsApp Gagal Berfungsi Secara Tiba-Tiba di Seluruh Negara

Ramai pengguna media sosial meluahkan kekesalan apabila aplikasi WhatsApp tiba-tiba gagal berfungsi malam ini. Menurut DownDetector, aduan mula meningkat sekitar jam 10.30 malam dengan lebih 85% masalah berpunca daripada penghantaran mesej.

Sehingga kini, tiada penjelasan rasmi dikeluarkan oleh WhatsApp mengenai punca gangguan. Platform lain milik Meta seperti Instagram dan Facebook dilaporkan berfungsi seperti biasa.

Situasi ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna yang menganggap WhatsApp semakin kerap mengalami gangguan besar dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )