Pengilang Malaysia mampu hasilkan 5 juta set PPE dalam tempoh sebulan

Pengilang Malaysia mampu hasilkan 5 juta set PPE dalam tempoh sebulan

KUALA LUMPUR,. Pengilang-pengilang tempatan telah meningkatkan pengeluaran beberapa jenis peralatan pelindungan diri (PPE) utama kepada lima juta set sebulan dan dapat menambah kapasitinya lebih banyak lagi.

Dalam satu kenyataan, Presiden Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA), Datuk Lim Kok Boon berkata sektor pembuatan Malaysia telah membuktikan kecekapannya untuk mengembangkan kapasitinya lebih tinggi dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan kritikal.

“Kami bangga dapat membuktikan diri kami sendiri dan pada masa yang sama menyokong negara dalam peperangan kita melawan wabak ini,” katanya.

Pada bulan April, di mana jangkitan virus COVID-19 berada di puncak, jumlah PPE utama yang diperlukan adalah kira-kira tiga juta set, termasuk jubah luar, penutup kasut, baju khas petugas kesihatan, penutup kepala, pelindung muka dan apron.

Ia berkata kebanyakan PPE utama ini diperbuat daripada bahan bukan jenias tenunan dan memerlukan proses sekunder seperti pemotongan, jahitan dan penyalutan atau pelapisan, yang merupakan langkah pelindung penting dalam memastikan bahan bukan tenunan adalah pembasmi cecair untuk aplikasi tertentu.

Anggota-anggota MPMA, Fibertex Personal Care Sdn Bhd yang telah dijadikan pembekal utama bahan bukan tenunan, akan memperuntukkan 10 juta meter persegi sebulan untuk PPE mankala San Miguel Yamamura Woven Products Sdn Bhd akan memperuntukkan kapasiti untuk lapisan untuk 3.5 juta meter persegi sebulan.

“Kapasiti ini mencukupi untuk menghasilkan lima juta keping set PPE untuk Kementerian Kesihatan (KKM) serta institusi kesihatan swasta lain di Malaysia,” katanya.

Semua bahan bukan tenunan, sama ada dilapisi dan tidak dilapisi, kemudian akan diserahkan kepada anggota Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) untuk memotong dan menjahit.

Presiden FMFTA Datuk Seri Tan Thian Poh berkata memandangkan industri kini dilihat dapat memenuhi keperluan negara dalam pembekalan PPE yang dikenalpasti, iaitu jubah luar, penutup kasut, baju khas petugas kesihatan, penutup kepala, penutup kasut dan but, penggiat industri tersebut kini sedang bersama-sama menjalinkan kerjasama untuk meneroka pasaran eksport.

“Kami yakin bahawa kami mampu mengeksport kerana kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini,” tambahnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)