Pengunaan teknologi di kawasan tanah rancangan jadi Aspirasi Calun BN Dun Pemanis Anuar Manap

Pengunaan teknologi di kawasan tanah rancangan jadi Aspirasi Calun BN Dun Pemanis Anuar Manap

SEKIJANG, – Pemulihan Ekonomi Masyarakat Felda , peluang pekerjaan dan Latihan kepada golongan Muda menjadi Aspirasi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis Saudara Anuar Bin Abd. Manap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Anuar Bin Abd. Manap merupakan seorang Ahli perniagaan berkata masalah peluang perniagaan dan kemudahan awam perlu di beri perhatian segera supaya penduduk tempatan dapat menjalankan aktiviti ekonomi dengan sempurna sekali gus dapat meningkatkan ekonomi setempat.

DUN Pemanis merupakan satu daripada dua kawasan DUN dalam Parlimen Sekijang.

“Kawasan tanah rancangan Felda yang kini di usahakan oleh Generasi ke 2 dan 3 telah melalui banyak transformasi pengurusan sejajar dengan kepesatan teknologi. Pengunaan Teknologi yang betul boleh memberikan nilai tambah kepada semua peneroka dan dapat menjimatkan masa serta boleh menambah pendapatan sekiranya di lakukan dengan betul. Golongan muda yang celik Teknologi boleh memainkan peranan untuk usaha ini. Dengan Latihan dan sokongan kerajaan yang peka dengan pengunaan teknologi perkara ini boleh di lakukan.

Beliau berkata DUN Pemanis mempunyai 29,923 ribu pengundi dan mempunyai sebanyak 13 pusat Daerah Mengundi (PDM).

Pilihanraya ke 14 yang lalu kerusi Dun Pemanis di menangi oleh Chong Fat Full dari Parti Keadilan Rakyat yang menang dengan majoriti 363.

Anuar Bin Abd. Manap, berdepan saingan empat penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN) Uzzair Bin Ismail, Sr.Yoong Thau daripada Pakatan Harapan (PH) manakala Dr.Haji Azita Amrin (Pejuang),

Anuar Manap merupakan Mantan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia telah lama menabur bakti di Kawasan Dun Pemanis . Anak Jati Felda Pemanis ini amat di kenali di Kawasan Palimen Sekijang yang mana beliau adalah bekas Ahli Parlimen Sekijang 2013-2018 .

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac ini manakala undi awal pada 8 Mac.

— Dino

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )