Penurunan tambang penerbangan dapat tingkatkan pengunjung ke Sabah, Sarawak

Penurunan tambang penerbangan dapat tingkatkan pengunjung ke Sabah, Sarawak

KUCHING,. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan lebih ramai pengunjung datang ke Sarawak dan Sabah menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri ini berikutan penurunan harga tambang penerbangan ke kedua-dua negeri itu.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penurunan ini juga akan turut membantu usaha bagi mencapai sasaran 1.2 juta pelancong ke Sarawak tahun ini.

“Dari segi trendnya, kita lihat bulan puasa ini memang kurang orang masuk melancong, tetapi apabila menjelang penghujung bulan Ramadan.. sebab orang nak beraya, kita akan nampak lebih ramai (pengunjung ke Sarawak dan Sabah),” katanya semalam.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga MOTAC Sarawak di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di sini, beliau berkata penurunan harga tambang itu juga akan dapat meredakan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dari kedua-dua negeri ini untuk pulang semasa perayaan ini.

“Rakan kita yang lain perlu faham kenapa Sabah dan Sarawak ‘bising’ (berkenaan harga tambang penerbangan yang tinggi sebelum ini). Sarawak dan Sabah tiada perhubungan jalan raya dengan negeri lain di Semenanjung dan hanya dapat dihubungkan melalui penerbangan,” tambahnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )