Penyelaras GTA Parlimen Temerloh terkilan

Penyelaras GTA Parlimen Temerloh terkilan

TEMERLOH – 29 Okt 2022 : Dato Rofaie Hamdan, Penyelaras GTA Parlimen Temerloh terkilan kerana ada pihak Ngo di bawah GTA merancang satu perhimpunan untuk mengerakkan jentera di Parlimen Temerloh tanpa melibatkan pihak beliau yang merupakan penyelaras GTA parlimen Temerloh.

Beliau berharap pihak atasan dapat memberikan penjelasan akan perkara tersebut kepada akar umbi . Beliau selaku penyelaras GTA Parlimen Temerloh selama 2 tahun telah menyantuni penduduk dan bersama penduduk di kala susah dan senang menghadapi 2 kali banjir dan semasa Lockdown.. perkara ini turut di suarakan oleh Faiz Dzulkefli, Ketua PejuangMuda Pahang dan Mohd Firdaus Ketua Pemuda GTA Pahang yang turut bersama sama menyatakan sokongan kepada Dato Rofaie Hamdan sebagai calun GTA untuk parlimen P088 Temerloh.

Pada PRU-14 Kerusi P088 Temerloh Dimenangi Oleh: HJ ANUAR TAHIR PARTI KEADILAN RAKYAT Jumlah Undi: 23,998 Majoriti : 1,904 menewaskan calun dari Barisan Nasional DATO’ SRI HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN BARISAN NASIONAL Jumlah Undi: 22,094 dan Calun Pas HAJI MD JUSOH BIN DARUS PARTI ISLAM SE MALAYSIA Jumlah Undi: 14,734.

Dengan sokongan kuat anak-anak muda Temerloh beliau yakin akan memberikan tentangan kepada calun yang bertanding.

-DG

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )