Percutian bersama keluarga dengan tempat yg menarik jom kita ke Melaka

Percutian bersama keluarga dengan tempat yg menarik jom kita ke Melaka

MELAKA,. Negeri yang Sememangnya terkenal dengan berbagi tempat bersejahrah dan juga tempat peranginan yang amat menarik sekali di negara ini.

Melaka juga begitu kaya dengan warisan & penuh dengan tarikan pelancong seperti Dutch House, bangunan abad ke-17 yang pernah menempatkan pentadbiran Belanda, muzium atau Makam Hang Tuah, pahlawan Melaka yang legenda.

Banyak yang boleh dilihat tetapi tidak cukup masa untuk merakam semuanya,jika kita tidak mempuanya masa percutian yang panjang.

dengan deretan kedai dan gerai yang menjual barangan cenderahati hingga makanan benar-benar membuatkan kita dikejar masa seperjalanan kita disini.

Saya sentiasa ingin memulakan pengembaraan ke seluruh Malaysia untuk merasai dan menikmati apa yang ditawarkan oleh negara saya, cuaca yang indah, pemandangan yang boleh dibanggakan dan menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan.

warisan daripada negara berbilang kaum Malaysia, Melaka akan menjadi persinggahan pilihan utama Rakyat di negara ini untuk menikmati percutianya bersama keluarga tersayang


Dan itu juga hanyalah sebahagian kecil dari Melaka yang bersejarah, setelah terpengaruh dengan budaya Portugis dan Belanda dan juga budaya peranakan iaitu perkahwinan budaya Melayu dan Cina. Melaka adalah destinasi yang mempunyai segala-galanya, bangunan warisan, infrastruktur moden, kelimpahan membeli-belah, makanan yang hebat, pantai dan yang paling penting, sejarah.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)