Perdana Menteri terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

Perdana Menteri terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

ARAU,. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Penganugerahan itu berlangsung di Istana Arau sebelum bermulanya Majlis Santapan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76.

Turut berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar juga hadir pada majlis berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis kepada 19 penerima pada istiadat penganugerahan yang berlangsung sempena ulang tahun keputeraan baginda itu di istana sama pagi tadi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)