Perkukuh ekonomi digital, jadikannya inklusif – Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR,. Langkah mengadaptasi ekonomi digital dan inovasi berterusan terbukti memerlukan masa bagi menjana pekerjaan dan perniagaan untuk kekal relevan terutama dalam situasi begitu mencabar yang belum pernah terjadi berikutan penularan pandemik kesihatan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata inovasi dan digitalisasi adalah asas dalam konteks ini, kerana pemboleh ataupun ‘’enablers’’ ini tidak hanya mempermudahkan usaha untuk mencergaskan kembali ekonomi tetapi turut menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Muhyiddin berkata pandemik COVID-19 telah menunjukkan bahawa teknologi dapat membantu dan menyokong komuniti walaupun pergerakan terbatas.
“Namun, tanpa infrastruktur yang mencukupi dan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta, kita berhadapan risiko mengecualikan kumpulan rentan kerana kurangnya akses mereka kepada alat digital.
“Oleh itu, mempromosikan kemasukan digital dan mengecilkan jurang digital dengan meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur ICT untuk kumpulan ini, adalah satu kemestian,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada acara Dialog CEO APEC 2020 hari ini.
— BERNAMA