Permaju, AT Systematization bekerjasama wujudkan Sanitizer Gateway

Permaju, AT Systematization bekerjasama wujudkan Sanitizer Gateway

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Team Japs Sdn Bhd bekerjasama dengan AT Engineering Solution Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh AT Systematization Bhd (ATS) untuk mengedarkan larutan Penaclo menerusi ruang pembasmian kuman yang tereka bentuk.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Permaju berkata ruang pembasmian kuman itu (Sanitizer Gateway) mampu mengeluarkan larutan cecair pembasmi kuman walaupun hanya seorang yang berjalan melalui ruang itu.

Pengarah Eksekutif Permaju Teh Foo Hock berkata adalah penting untuk bersedia menghadapi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan masyarakat kini berdepan persekitaran yang baharu.

Pada 6 April, 2020 Permaju menjalin kerjasama dengan Pentaweft Biotech Ltd untuk membekalkan larutan Penaclo.

Larutan itu adalah satu daripada sebilangan larutan pembasmi kuman di dunia yang diuji oleh Makmal Utama Penyakit Pernafasan di China yang dikatakan berkesan menghapuskan lebih 99.95 peratus virus COVID-19 dalam tempoh 30 saat pertama penggunaannya dan terbukti selamat kepada sel haiwan.

“Sementara menantikan rakan kongsi untuk membotolkan dan mengedarkan larutan pembasmi kuman itu, syarikat kami menimbulkan idea mewujudkan Sanitizer Gateway dan memilih AT Systemization untuk reka bentuk dan pembuatannya.

“Masa adalah terasnya. Kami perlu melancarkan produk ini dengan cepat sebelum PKP berakhir,” kata Teh.

Sementara itu, Pengarah Urusan ATS Choong Lee Aun berkata proses fabrikasi Sanitiser Gateway yang pertama itu akan bermula tidak lama lagi dan syarikat itu telah menerima banyak pertanyaan mengenai produk itu sejak beberapa minggu lepas.

“Permaju dan AT Systematization menyasarkan untuk mereka bentuk, membina, menghasilkan dan mengedarkan Sanitize Gateway yang mengeluarkan larutan Penaclo di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

“Ini termasuklah hospital, pejabat, restoran, pusat beli-belah, sekolah dan hab pengangkutan awam yang melibatkan ramai pejalan kaki pada setiap hari, khususnya selepas PKP ditamatkan oleh kerajaan dan sehingga vaksin COVID-19 ditemui, dihasilkan dan digunakan di seluruh dunia,” kata Choong.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )