Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok menarik lebih 2,000 orang pengunjung.

Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok menarik lebih 2,000 orang pengunjung.

BACHOK: Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin ini berlangsung dari Jumaat hingga Sabtu. Acara ini akan diadakan setiap tahun semasa musim tengkujuh di Kelantan.

Penganjur Kemasin Surf Competition Volume 1, Fazreen Haiqal Azmi, berkata sukan air ekstrem ini mendapat sambutan baik dari orang muda dan menarik lebih 2,000 pengunjung.

Peserta yang menyertai bukan hanya dari Kelantan. Ada orang yang datang dari Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, dan Kuala Lumpur, dan juga ada peluncur ombak dari Portugal.

“Kebanyakan peserta mula tertarik dengan sukan luncur ombak ini setelah terlibat dalam aktiviti di Cherating, Pahang yang telah diadakan sejak tahun 1980-an,” katanya kepada Bernama pada hari Sabtu.

Setiausaha Persatuan Luncur Ombak Kelantan berkata, ada tiga kategori yang bertanding iaitu short board, long board, body board, dan grommet (kanak-kanak bawah 16 tahun). Setiap sesi penilaian berlangsung selama 15 minit.

Fazreen Haiqal berkata, peserta yang terlibat berumur antara 10 hingga 48 tahun. Acara ini dijalankan untuk memenuhi permintaan dari peminat sukan tersebut dan telah mendapat kelulusan dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Walaupun banyak pantai yang boleh digunakan untuk sukan luncur ombak, Pantai Impian Kemasin di Bachok adalah yang terbaik. Ini kerana ada benteng pemecah ombak di sana dan lokasinya yang strategik menghadap Laut China Selatan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )