
Perubahan Berperingkat Kunci Reformasi Berjaya – PM Anwar
17 Mac 2025, Ketika harapan rakyat terhadap reformasi politik semakin tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan bahawa perubahan perlu dilakukan secara berperingkat, bukan secara terburu-buru.
Dalam ucapannya di Kongres Kebangsaan DAP ke-18, beliau menegaskan bahawa kerajaan komited melakukan reformasi institusi, termasuk usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.
Namun, beliau menolak pendekatan radikal dan tergesa-gesa, dengan merujuk kegagalan reformasi di Poland dan Czechoslovakia, yang dilakukan tanpa perancangan rapi.
“Apa beza kita dengan kerajaan terdahulu? Kita tidak takut dengan reformasi, tetapi perubahan mesti dibuat dengan betul agar tidak merugikan negara.”
Dalam dua tahun pentadbiran kerajaan ini, pelbagai langkah reformasi telah diperkenalkan, termasuk:
π Mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, yang memberi lebih autonomi kepada institusi perundangan.
π Meneliti pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh Perdana Menteri, bagi memastikan kepimpinan yang lebih segar dan demokratik.
Anwar mengingatkan bahawa pembaharuan politik bukan sekadar janji, tetapi memerlukan proses, sokongan ahli Parlimen, dan kesedaran rakyat untuk memastikan kejayaan reformasi yang mampan.