Pesawat Air New Zealand menerima ancaman bom

Pesawat Air New Zealand menerima ancaman bom

Insiden itu melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang.

SYDNEY: Ancaman bom dilaporkan pada Sabtu membabitkan pesawat Air New Zealand di Lapangan Terbang Sydney, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.

Insiden itu melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang, menurut Sky News Australia.

Menurut laporan, pesawat itu selamat mendarat tetapi kekal di landasan. Laman berita Channel Nine melaporkan bahawa penerbangan

Pesawat NZ-247 tiba dari Wellington sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan, dengan unit operasi taktikal, paramedik dan bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Air New Zealand mengesahkan ia menyedari kemungkinan ancaman keselamatan selepas ditahan di landasan, kata laporan itu. Kapten David Morgan, ketua keselamatan dan integriti operasi syarikat penerbangan itu, berkata dalam satu kenyataan: “Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mengikut prosedur standard yang ditetapkan untuk insiden tersebut.”

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )