Pesawat era perang dunia kedua terhempas, 7 terkorban
CONNECTICUT,. Sekurang-kurangnya tujuh terkorban apabila sebuah pesawat era perang dunia kedua dinaiki mereka terhempas sejurus berlepas pada Rabu.
Pesawat B-17 yang membawa 13 penumpang dan anak kapal itu dilapor mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley, Connecticut.
Enjin keempat pesawat itu gagal berfungsi ketika di udara menyebabkan juruterbang membuat pusingan untuk mendarat.
Tujuh mangsa yang terkorban rentung dalam kebakaran manakala enam yang lain terselamat namun mengalami kecederaan kritikal dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Menurut laporan portal 9news, juruterbang memaklumkan pesawat mengalami masalah kekal pada ketinggian ditetapkan beberapa minit selepas berlepas.
Pesawat malang itu kemudian membuat pusingan namun juruterbang dipercayai hilang kawalan ketika cubaan mendarat.
Seorang kakitangan landasan dilaporkan cedera.
Lapangan terbang itu ditutup namun dibuka semula empat jam kemudian.
Sputniknews melaporkan lapangan terbang tersebut sedang menganjurkan pertunjukan pesawat era perang dunia kedua bagi menghargai jasa veteran perang.
Selain B-17, pesawat lain yang bakal membuat persembahan termasuk P-40 Warhawk, a B-25 Liberator, a B-25 bomber, a P-51 Mustang.