Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh

NEW DELHI,. Dua juruterbang Tentera Udara India terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.

Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

“IAF mengesahkan kedua-dua juruterbang dalam pesawat maut. Tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa orang awam dilaporkan,” menurut tentera udara.

“Jawatankuasa penyiasat telah diarah untuk mengenal pasti punca nahas,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)