PETRONAS sumbang RM 25juta misi bantuan banjir

PETRONAS sumbang RM 25juta misi bantuan banjir

KUALA LUMPUR – PETRONAS akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan PETRONAS termasuk Yayasan PETRONAS, di mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN), mengikut satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP), Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) dan Badan Kebajikan Islam PETRONAS juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Seperti tahun sebelumnya, PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.

PETRONAS turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )