
Piala Asia 2023: Malaysia diundi bersama KOREA Selatan, Bahrain dan Jordan dalam Kumpulan E
KOREA Selatan, Bahrain dan Jordan bakal menjadi halangan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan E Piala Asia yang bakal berlangsung awal tahun depan.
24 pasukan dibahagikan kepada empat pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia tempoh hari.
Dalam undian yang dijalankan pada Khamis, Malaysia berada dalam Kumpulan E pada kedudukan kedua (E2) hasil undian daripada pot 4.
Dalam saingan yang bakal berlangsung pada 12 Januari tahun depan, Malaysia, yang memperoleh kelayakan ke saingan pentas terbaik kejohanan bola sepak Asia, bakal turun bertemu Korea Selatan dalam aksi pertama.
Perlawanan bertemu Jordan dan Bahrain menyusul dalam usaha skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mencipta kejutan mara ke pusingan kedua saingan.
Negara-negara jiran yang turut beraksi dalam saingan Piala Asia, Indonesia bakal bertemu musuh dari rantau Asia Tenggara, Vietnam apabila mereka diundi dalam Kumpulan D malah bakal bertemu Jepun serta Iraq.
Thailand yang diundi dalam Kumpulan F bakal bertemu lawan yang menundukkan Argentina di pentas Piala Dunia, Arab Saudi.
Malaysia melewati prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Turkmenistan dan juga Hong Kong pada bulan Mac lalu.