Pilihan raya umum AS tetap diadakan 3 November: Trump

Pilihan raya umum AS tetap diadakan 3 November: Trump

WASHINGTON,. Pilihan raya umum Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat media, lapor agensi berita Sputnik

“Pilihan raya umum akan diadakan pada 3 November,” kata Trump pada Jumaat apabila ditanya sama ada pandemik COVID-19 akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan.

Trump berkata beliau tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara pos dan mahu ia dijalankan di ruang pusat mengundi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )