PKPD Simpang Renggam tamat

PKPD Simpang Renggam tamat

PUTRAJAYA,. Empat lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima nasib berbeza hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD
di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan esok.

PKPD di kawasan tersebut sebelum ini dikuatkuasakan bermula 26 Mac lalu.

“Ini bermakna segala sekatan dan lockdown dan sebagainya akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam.

“PKPD di Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Hulu Langat pula akan dilanjutkan lagi selama seminggu sehingga 5 Mei depan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri memberitahu, Mesyuarat Jawatankuasa Menteri-Menteri Berkaitan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan perjalanan bagi individu yang ingin menderma darah bermula hari ini.

Jelas beliau, pergerakan itu dibenarkan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam ke hospital dan klinik kesihatan.

“Ini berikutan permohonan Tabung Darah Negara susulan pengurangan sebanyak 33 peratus darah sejak pelaksanaan PKP,” ujarnya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )