
PlayStation Store Perkenal Apple Pay — Mudah, Pantas, Selamat
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Kini anda boleh beli permainan PS5 kegemaran anda di PlayStation Store hanya dengan satu imbasan melalui Apple Pay.
Cukup mudah — pilih Apple Pay semasa checkout, imbas kod QR menggunakan iPhone, dan transaksi selesai dalam sekelip mata.
Ciri ini dilancarkan secara berperingkat dan bakal tersedia kepada semua pemilik PlayStation 5 tidak lama lagi.