PM Belanda dakwa menang ‘besar’ pilihan raya didominasi COVID-19

PM Belanda dakwa menang ‘besar’ pilihan raya didominasi COVID-19

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mendakwa meraih kemena-ngan “besar” dalam pilihan raya kelmarin dan berikrar akan menggunakan penggal keempatnya memegang jawatan untuk membina semula negara selepas pandemik COVID-19.

Sudah merupakan pe-mimpin paling lama berkhidmat di Eropah setelah 10 tahun memegang jawatan, keputusan pilihan raya me-nunjukkan parti liberal Rutte jelas memenangi kerusi pa-ling banyak di Parlimen setelah pengundian tiga hari dengan norma baharu.

Parti pro-EU D66, yang mencabar polisi Eropah Rutte sebagai sebahagian dari kerajaan semasanya, dijangka akan menduduki tempat kedua sementara pemimpin anti-Islam Geert Wilders hilang sokongan di tempat ketiga, ramal penyiaran awam, NOS.

Pemimpin popular Thierry Baudet, mendapat sokongan menggalakkan dari undian golongan tidak percaya CO-VID-19 dalam negara yang baru-baru ini mengharungi rusuhan paling buruk sejak berdekad-dekad selepas pelaksanaan perintah kawalan baharu COVID-19.

“Pengundi di Belanda telah memberikan parti saya undian keyakinan yang besar,” kata Rutte kepada wartawan di Parlimen.

Rutte berkata, “tidak semuanya berjalan lancar dalam 10 tahun terakhir,” termasuk peletakan jawatannya pada Januari kerana satu skandal yang menyaksikan rakyat diklasifikasi secara rasis dan dituduh menipu faedah kanak-kanak.

“Tetapi sememangnya isu utama juga diketengahkan untuk tahun-tahun akan datang tentang bagaimana untuk membina semula negara untuk melangkah ke hadapan selepas COVID-19, katanya.

“Saya mempunyai tenaga untuk 10 tahun lagi,” tambahnya.

Belanda merekodkan lebih 1.1 juta jangkitan dan 16,000 kematian dan ketika ini melaksanakan langkah kesihatan paling ketat termasuk perintah berkurung dan penutupan bar dan restoran.

Jutaan pengundi membuang undi memakai pelitup muka dan dengan penjarakan sosial di pusat pengundian di muzium, gereja dan juga pos basikal lalu pada hari ketiga dan terakhir pilihan raya, yang lebih dipenuhi oleh respons kerajaan kepada pandemik. — AFP

Sejumlah pusat pengundian terhad dibuka pada Isnin dan Selasa untuk golongan warga emas dan lemah, dengan pengundi juga dibenarkan keluar selepas perintah berkurung, sebelum pengundian dibuka kepada semua orang kelmarin.

Parlimen Benada sekarang mempunyai 17 parti dalam parlimen, dua kali ganda dari jumlah semasa dan satu petanda bahawa rundingan pakatan mungkin sukar berbanding 2017 apabila ia mengambil masa tujuh bulan untuk pembentukan pakatan kerajaan.

Keputusan pilihan raya menunjukkan part Rutte, Parti untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVB), memperolehi tiga kerusi tambahan untuk jumlah keseluruhan 36 kerusi, naik dari 33 dari pilihan raya empat tahun lepas.

Wilders dijangka akan kehilangan status partinya, Parti Kebebasan (PVV) sebagai parti kedua terbesar dalam parlimen, dengan keputusan pilihan raya meramalkan dia akan menang 17 kerusi, kurang tiga dari tahun lepas.

Mengucapkan tahniah kepada Rutte walaupun satu kempen di mana dia menggelar Rutte “pembelot” Wilder berkata “kami masih parti ketiga di Belanda.”

Kejutan terbesar ialah prestasi memberangsangkan Parti D66, diketuai menteri perdagangan luar Belanda, Sigrid Kaag, diramalkan meningkatkan kedudukan dengan 27 kerusi, tambahan lapan kerusi dari pilihan raya sebelum ini.

– AFP /UtusanBorneo

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)