PM lancar Kerangka Dasar Luar Malaysia

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Kerangka Dasar Luar Malaysia, bertemakan “Focus in Continuity: A Framework for Malaysia’s Foreign Policy in a Post-Pandemic World” untuk memperkasakan lagi dasar diplomasi negara.

Beliau berkata kerangka kerja itu mengenal pasti cabaran dan kemunculan trend baharu global serta isu yang harus diberi keutamaan dalam jangka masa terdekat.

Kerangka kerja itu merangkumi dua komponen utama iaitu cabaran semasa yang perlu diberikan perhatian dan ditangani segera oleh Kerajaan terutama dalam konteks pandemik COVID-19; dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia untuk jangka masa sederhana dan panjang.

“Kerangka kerja itu adalah dokumen yang pragmatik dan holistik yang menetapkan langkah yang jelas dan tindakan terarah bagi dasar luar negara untuk mencapai matlamat utamanya dalam memupuk masa depan yang lebih aman serta makmur,” kata Ismail Sabri ketika berucap melancarkan Kerangka Dasar Luar itu.

Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan timbalannya Datuk Kamarudin Jaffar, Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )