PM Prayuth umum dasar untuk promosi Thailand sebagai destinasi sukan bertaraf dunia

BANGKOK,. Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan dasar untuk mempromosi Thailand sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata Prayuth meluluskan dasar untuk menggalakkan penggunaan “soft power” menerusi sukan untuk meningkatkan pelancongan.

“Tumpuan akan diberi bagi memperkenalkan Thailand sebagai destinasi sukan bertaraf dunia. “Menggalak ‘soft power’ dan membangunkan industri sukan adalah dasar penting kerajaan dalam mewujudkan nilai tambah kepada ekonomi.

“Ia bertujuan memajukan Thailand sebagai destinasi sukan dunia dengan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Thailand, melalui Kementerian Pelancongan dan Sukan, dijadual menjadi tuan rumah Piala Dunia Jet Ski, Siri Dunia 2021-2022 (WGP)#1 dari 12 hingga 16 Jan di Pattaya, wilayah Chonburi.

Acara itu akan disiarkan di 90 negara di seluruh dunia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )