
PN lancar manifesto Kelantan Maju Rakyat Sejahtera
TANAH MERAH, (Bernama) — Perikatan Nasional (PN) malam ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan yang bertemakan ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera.’
PAS dan rakan gabungannya, Bersatu, menyenaraikan 18 program dalam manifesto itu kepada pengundi di Kelantan yang antara lain merangkumi pembangunan sosioekonomi, bekalan air bersih, insaniah serta pendidikan dan kemahiran.
Majlis pelancaran manifesto itu disempurnakan oleh Pengerusi PN Kelantan merangkap Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah.
Hadir sama Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor.
Pada PRN kali ini, PAS bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Bersatu meletakkan calon.
— BERNAMA