PN selar tindakan pihak persoal status parti – Hamzah

PN selar tindakan pihak persoal status parti – Hamzah

KUALA LUMPUR,. Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya serta menyifatkan tuduhan itu sebagai terdesak dan ketandusan isu dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pendaftaran PN telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 7 Ogos 2020 dan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang atas kertas undi.

“Pihak berkenaan sebenarnya bimbang dan terancam apabila melihat penerimaan baik rakyat terhadap PN kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, RoS dalam kenyataan hari ini memaklumkan PN telah didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )