Polis rampas dadah bernilai RM22,150 Penganggur ditahan

Polis rampas dadah bernilai RM22,150 Penganggur ditahan

DUNGUN,. Polis menahan seorang penganggur berumur 47 tahun yang disyaki pengedar dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai kira-kira RM22,150 dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit sekitar FELDA Kerteh 3, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu dilancarkan hasil risikan lebih enam bulan serta maklumat awam, dan polis menemukan 33 botol berisi dadah dipercayai jenis heroin yang dianggarkan seberat 165.7 gram serta dua peket dadah jenis syabu seberat 10 gram dalam serbuan.

“Bekalan dadah itu dipercayai baru diperoleh dan belum sempat dijual di pasaran tempatan. Jumlah rampasan dijangka boleh menampung permintaan lebih 8,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis heroin dan suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah kini ditahan reman selama enam hari.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)