Polis serbu rumah banglo jadi hub judi atas talian

Polis serbu rumah banglo jadi hub judi atas talian

KUALA LUMPUR,. Sebuah rumah banglo mewah yang dijadikan hub judi atas talian oleh satu sindiket didalangi warga China tumpas dengan penahanan 28 orang ahlinya.

Sindiket yang disyaki beroperasi sejak Julai lalu dipercayai sudah mencecah transaksi wang pertaruhan sekarang kurangnya RM8.7 juta.

Kesemua suspek berusia 19 sehingga 55 tahun itu dikesan dalam satu operasi khas di Taman Zoo View, Ampang Jaya, Selangor.

Operasi risikan dilakukan bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan dibantu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya bermula jam 1.30 petang, Sabtu.

Ketika serbuan, 25 lelaki dan tiga wanita yang disyaki direkrut sindiket itu sedang leka memancing pelanggan menggunakan laman sesawang www.dajiangcp.com.

Sindiket juga didapati menghantar ‘qc code’ serta ‘we chat pay’ bagi tujuan perbankkan atas talian menggunakan mata wang yuen.

Bagaimanapun, sindiket yang berpusat di China itu hanya mensasarkan warga China sahaja.

Antara perjudian yang di tawarkan adalah loteri, slot, roulette dan jackpot.

Mereka dipercayai menyewa premis dengan kadar sehingga RM10 ribu sebulan dan pergerakan ahli sindiket juga terbatas.

Hasil pemeriksaan mendapati keuntungan bersih selama mereka beroperasi adalah RM1.5 juta.

Turut dirampas, 24 komputer riba, 26 telefon bimbit, satu set komputer dan modem. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(g) , Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )