Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh

Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai kanan polis membawa teman wanitanya, ketika serbuan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di kediaman milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini, membabitkan kenyataan yang dimuat naik di sebuah portal berita serta di laman Youtube.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut apabila siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, menafikan dakwaan teman wanitanya hadir ketika serbuan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

sumber – BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)