PRIHATIN: 313,000 majikan, 2.5 juta pekerja dapat manfaat subsidi upah

PRIHATIN: 313,000 majikan, 2.5 juta pekerja dapat manfaat subsidi upah

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Sebanyak 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada bantuan subsidi upah melibatkan nilai RM7.4 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini bagi menjelaskan mengenai beberapa bantuan kerajaan di bawah inisiatif PRIHATIN yang disebut dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, selain itu 68,336 pemandu e-hailing telah menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta.

“ ….manakala 37,127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran pula telah menerima elaun tunai RM600 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta,” menurut kenyataan itu lagi.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )