PRK Chini: Keahlian Zainul Hisham dalam BERSATU terhenti serta-merta

PRK Chini: Keahlian Zainul Hisham dalam BERSATU terhenti serta-merta

KUALA LUMPUR,. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan keahlian Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin sudah terhenti serta-merta.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata ia selepas Zainul Hisham mengesahkan pencalonannya sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Sabtu lalu.

“Zainul Hisham (Nombor Ahli 225139) sudah mengemukakan borang penamaan calon untuk menyertai PRK DUN Chini sebagai calon Bebas pada 20 Jun.

“Maka, berdasarkan Fasal 10.2.4 Perlembagaan BERSATU, keahlian Zainul Hisham sudah terhenti serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengikut fasal 10.2.4 perlembagaan BERSATU, keahlian terhenti serta-merta apabila bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti BERSATU atau sebagai calon Bebas atau calon mana-mana parti atau bertindak sebagai pencadang/penyokong dalam kertas penamaan calon Bebas atau calon parti lawan.

Hamzah berkata, tindakan Zainul Hisham juga bertentangan dengan keputusan BERSATU untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Chini dan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zain.

“Sehubungan itu, sebarang kenyataan, tindakan dan perbuatan Zainul Hisham adalah tidak mewakili BERSATU,” katanya.

–BH

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )