PRK Mahkota: Pencalonan pada 14 Sept Undian pada 28 Sept, – SPR
PUTRAJAYA,. Setelah bermesyuarat pada pagi ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September, sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor Pencalonan pada 14 September.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun hari ini mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK itu
pada 24 september.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini hari ini bagi Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang.
Bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi HEBHK selepas mengalami sesak nafas.
Undian Mahkota adalah pilihan raya kecil ke-10 yang akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.
Ramlan berkata bajet untuk pilihan raya kecil itu ialah RM2.4 juta.
Beliau berkata seorang pegawai pengurus pilihan raya, empat penolong pegawai pengurus pilihan raya dan 1,126 kakitangan akan dilantik untuk menguruskan PRK itu.
Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan terdiri daripada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan calon bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh berkempen, katanya.
sebagai mana sedia maklum bagi Tempoh kempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon pada 14 Sept sehingga 11.59 malam pada 27 Sept.
Beliau berkata daftar pemilih bagi PRK itu terdiri daripada 66,318 pengundi, terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 401 anggota polis, 4,510 anggota tentera dan pasangan masing-masing serta 10 pengundi tidak hadir di luar negara.
–GERBANGPOST