PRN Johor: Kerajaan BN akan terus promosi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

PRN Johor: Kerajaan BN akan terus promosi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU,. Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti mempromosi langkah pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata beliau berharap kedua-dua negara akan membincangkan kaedah terbaik untuk membuka sempadan.

“Kami telah membentangkan susun atur ulang-alik harian dan prosedur operasi standard yang lengkap serta komprehensif yang telah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan sudah diterima pakai.

“… kita kini beralih ke fasa endemik dan jika ia (sempadan) tidak boleh dibuka sepenuhnya, mungkin kita boleh melihat dari segi sektor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN di sini hari ini.

Pengerusi BN Johor itu berkata antara sektor yang perlu dipertimbang ialah perkhidmatan dan pembinaan kerana melibatkan ramai rakyat Malaysia.

Hasni berkata demikian ketika mengulas sama ada isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura adalah sebahagian daripada manifesto BN.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)