PRN: Pertembungan 3 penjuru N31 Subang Jaya

PRN: Pertembungan 3 penjuru N31 Subang Jaya

 

SUBANG – Penyandang kerusi Michelle Ng Mei Sze dari Pakatan Harapan (PH) berdepan calon dari Perikatan Nasional S Gana Pragasam dan calon MUDA Zayd Shaukat bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N31.

Pengurus SPR DUN N31 mengumumkan menerima kertas penamaan calon mengikut masa iaitu Michele Ng 9.06 minit pagi, S Gana pada 9.37 minit pagi dan Zayd Shaukat pada 9.42 pagi.

“Saya telah menyemak kertas penamaan calon dan berpuas hati, serta membuat keputusan tidak menolak kertas penamaan calon yang dikemukan.”

Beliau turut mengumumkan turutan calon, calon pertama PH Michele Ng, calon kedua PN Gana dan calon ketiga MUDA Zayd.

Hari undi awal ialah Ogos 8 dan Hari Undi pada Ogos 12 (Sabtu)

Pengurus SPR turut merakamkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam proses penamaan calon di atas kerjasama yang baik diberikan pada pagi ini.

Tinjauan wartawan Gerbang Post semasa di pusat penamaan calon 3K Subang Jaya mendapati proses penamaan berjalan secara lancar, teratur dan penuh profesionalisme dengan pengawasan dari pihak oleh Polis, Pemerhati SPR dan MBSJ.

Kerusi DUN Subang Jaya dianggap sebagai kubu kuat Pakatan Harapan yang dimenangi dari 2008 sehingga 2018.

Pada PRU 2018, Michelle Ng Mei Sze menang kerusi ini dengan majoriti 48,272.

Pertembungan antara BN-MCA dan PH menjadi tradisi di sini. Ini kali pertama PN meletakkan calon di DUN Subang Jaya.

Peratus pengundi ialah Melayu 29%,  Cina 57%, India 12%, Lain 2%.

Gambar–

Calon Perikatan Nasional bersama penyokong

Penyandang kerusi Subang Jaya N31 Michelle Ng bersama penyokong Pakatan Harapan

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )