PRN Sabah: PN bertanding 29 kerusi, mungkin bertembung BN di tiga kerusi

PRN Sabah: PN bertanding 29 kerusi, mungkin bertembung BN di tiga kerusi

KOTA KINABALU, 10 Sept — Perikatan Nasional (PN) mengumumkan untuk bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini dan kemungkinan besar bertembung dengan Barisan Nasional di tiga kawasan.

Tiga kawasan itu ialah Paginatan, Tulid dan Sook.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agak terperanjat, apabila ditanya para pemberita mengenai kemungkinan itu semasa persidangan akhbar yang diadakan bagi mengumumkan 29 kerusi yang akan ditandingi PN, beberapa jam selepas Barisan Nasional mengumumkan senarai calon mereka.

“Saya belum dapat mengesahkan calon daripada UMNO itu…Saya tidak boleh jawab perkara ini sebab saya tiada senarai dan tak dengar sekali pun berita ini, kita tengok macam mana,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap perkara tersebut dapat diselesaikan, bagi mengelakkan pertembungan tersebut.

“Jangan (calon BN dan PN) bertembung kerana kita mahu menang (dalam PRN Sabah). Kami akan melihat perkara ini (untuk bertemu BN). Pencalonan pada hari Sabtu, kami akan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk semua,” kata Hajiji.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)