PRN: Satu lawan satu di DUN Permatang

PRN: Satu lawan satu di DUN Permatang

Oleh: Faisal, Abd Rahman dan Sheikh.

 

SHAH ALAM — Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Yahya Mat Sahri dan calon Perikatan Nasional (PN) Nurul Syazwani binti Noh.

Pengerusi SPR mengumumkan calon PH mengntar borang permohonan calon pada 9.08 minit diikuti lawannya Nurul Noh pada 9.14 minit pagi.

“Setelah semak kertas penamaan calon, saya berpuas hati dan tidak ada kertas penamaan yang di tolak.” kata Pengurus SPR.

Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Cabang Parti PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri tiba lebih awal diiringi kira-kira 350 penyokong PH dan Barisan Nasional (BN).

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut mengiringi anaknya, Nurul Syazwani di Pusat Penamaan Calon di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas).

Rozana memperoleh 9, 208 undi menewaskan Sulaiman yang mendapat 8, 050 undi dan Muhammad Jafaruddin meraih 2,746 undi.

Tan Sri Noh Omar bersama penyokong PN dan calon Nurul Syazwani

Pak Ya bersama penyokong PH

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )