Program Kesiapsiagaan Nasional 2021 Komuniti Berdaya Tahan – PM

Program Kesiapsiagaan Nasional 2021 Komuniti Berdaya Tahan – PM

Putrajaya,. Kesiapsiagaan bencana adalah satu proses berterusan yang sentiasa dikemas kini agar mutakhir serta inklusif, supaya dapat melahirkan komuniti berdaya tahan bertepatan dengan seruan Maqasid Syariah untuk pemeliharaan akal, nyawa dan harta pada setiap masa.

Dalam mendepani pandemik COVID-19, kita dapat lihat Keluarga Malaysia tidak henti menyokong usaha kerajaan memerangi wabak itu termasuk menerusi kerjasama komuniti dengan pelbagai agensi kerajaan.


Antara inisiatif dilakukan termasuk lah Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 yang bertujuan memperkasakan peranan komuniti kita dalam mendepani cabaran wabak COVID-19.

Perdana Menteri juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua komuniti-komuniti tidak kira dari bandar mahupun desa yang mempamerkan kesungguhan dalam memastikan masyarakat setempat peka terhadap pandemik COVID-19 ini.

Semoga usaha ini akan berterusan di masa-masa akan datang demi daya tahan komuniti kita dari wabak mahupun cabaran bencana dalam negara Katanya lagi.

–RAHMAN

sumber:Ismail Sabri Yaakob/FB

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)