Program Kesihatan Remaja Pro-Teen Gen Z

Program Kesihatan Remaja Pro-Teen Gen Z

KUALA LUMPUR,. Program dirasmikan Che Samsuzuki Che Noh,Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut hadir bersama Nur Khairunnisa Zolkipli Penolong Pengarah Kanan Kebajikan Masyarak JKM,WPKL.

Che Samsuzuki Che Noh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL.

Kolaborasi Program Kesihatan Remaja Pro-Teen Generasi Z,Pasukan Perlindungan kanak – kanak Wangsa Maju Turut dihadiri Pengerusinya Dato’ Faridah Haji Omar Shah, selaku Pengerusi PPKK, Daerah Wangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Turut menyampaikan beberapa ucapan kepada semua perserta yang hadir pada pagi ini yang diadakan di perkarangan Surau Muhajirin Desa Rejang, Kuala lumpur.

Terlebih dahulu Dato’ Faridah, merakamkan sentinggi – tinggi penghargaan kepada Che Samsuzuki Pengarah JKM WPKL, kerana Sudi hadir untuk merasmikan Program ini yang juga turut disertai beberapa Agensi lain seperti AADK,MAKNA,KKM,PPKL WPKL, JKM,

Dato Faridah, Haji Omar Shah Pengerusi PPKK Daerah Wangsa Maju
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasukan Perlindugan kanak – kanak Wangsa Maju juga telah dilantik Oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat dibawah peruntukan Seksen 7A, Akta Kanak – kanak 2001 Tambah beliau lagi selaku pengerusi beliau berasa amat bertanggung jawab bagi memastikan semua remaja dan kanak – kanak terlindung dari segala gejala yang tidak diingini berlaku tambahnya lagi.


Penyelarasan Pasukan ini Bertujuan memberi perkhimatan setempat kepada keluarga dan kanak – kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan,tujuan utama adalah memberikan perkhimatan pencegahan yang di pantau PPKK,serta agensi Kerajaan yang terlibat termasuklah Seorang Anggota Polis,Pegawai perubatan,serta agensi – agensi lain yang terlibat Bagi memastikan kanak – kanak khususnya yang berkaitan dengan Akta Kanak – kanak 2001 dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Program yang diadakan pada hari ini juga adalah bertujuan untuk memberi saringan kesihatan efektif untuk mengesan masalah kesihatan meskipun tiada tanda – tanda yang kelihatan namun penjagaan awal kesihatan akan memberi peluang untuk sesiapa sajaha mengatasi masalah kesihatan mereka sendiri.


Saringan yang diadakan hari ini juga amat penting untuk membantu Kanak – kanak yang hadir bagi mengenal pasti kesihatan yang tersembunyi yang boleh memmudaratkan diri masing – masing Tambah beliau lagi.

Syabas kepada kanak – kanak yang hadir pada hari ini memberi kerjasama bagi menjalakan saringan kesihatan demi memastikan mereka sentiasa sihat dan bebas dari pada gejala penyakit.

Terima kasih kepada Doktor – doktor Pakar, Pasukan rakan kerjasama AJK PPK, Semua yang terlibat untuk menjayakan Program ini Tambah Dato’ faridah Lagi diakhir ucapan beliau.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )