Property Insight lancar buku panduan hartanah edisi ke-5

KUALA LUMPUR,. Armani Media Sdn Bhd (Armani Media) telah melancarkan edisi ke-5 buku ‘Property Insight Guide to Investing 2019/2020’ (GTI), sebuah buku ‘Coffee Table’ yang memaparkan pelaburan hartanah terbaik Malaysia melalui laporan analisis.

Tahun ini, GTI memaparkan 40 pemaju dan 47 projek pembangunan yang lebih memfokuskan kepada nilai pelaburan berbanding produk fizikal.

Pengasas Property Insight, Datuk KK Chua berkata, analisis itu dengan maklumat yang relevan dan penting, adalah untuk kegunaan kumpulan pelabur yang bersedia untuk melakukan pelaburan.

“Adalah penting untuk diketahui bahawa pelanggan yang berpotensi bukannya kurang dari segi kewangan, namun kurang yakin terhadap sesuatu projek.

“Di sinilah fungsi GTI, di mana ia menyediakan kepada pelabur berpotensi, satu gambaran keseluruhan kepada satu projek baharu yang boleh memberikan nilai terbaik untuk pembeli masing-masing,” katanya.

Chua berkata, pembeli rumah pertama perlu melihat rumah mampu milik sebagai batu loncatan dan bukan sebuah rumah untuk diduduki selamanya.

“Ketika anda mencari pekerjaan lebih baik, dan juga pendapatan lebih baik, akan ada ruang untuk mencari rumah yang lebih baik, sambil membuat rumah pertama itu sebagai punca pendapatan tambahan,” katanya.

Chua bekata, buku itu itu juga akan menjadi sebahagian daripada bantuan kepada pelabur untuk mencari pelaburan yang sesuai.

Buku ‘Guide to Investing’, kini boleh didapati di kesemua kedai buku utama Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )