![Prosedur Kemasukan Pemegang Pas ‘Malaysia My Second Home’ (Mm2h) Prosedur Kemasukan Pemegang Pas ‘Malaysia My Second Home’ (Mm2h)](https://gerbangpost.com/wp-content/uploads/2020/05/imi-mm2h.jpg)
Prosedur Kemasukan Pemegang Pas ‘Malaysia My Second Home’ (Mm2h)
Kerajaan telah bersetuju membenarkan pemegang-pemegang Pas Malaysia My Second Home (MM2H) yang terkandas di luar negara memasuki negara ini mulai 17 Mei 2020. Sejajar dengan keputusan tersebut, JIM telah menetapkan beberapa prosedur bagi memastikan kemasukan mereka berjalan lancar dan teratur.
Selain itu, prosedur ini juga bertujuan memastikan peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dikuatkuasakan.
Pemegang-pemegang Pas MM2H perlu mematuhi syarat-syarat berikut:-
a) Kebenaran masuk hanya diberikan kepada mereka yang telah dikenal pasti dan disenaraikan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) sahaja.
b) Kebenaran masuk tertakluk kepada pemeriksaan dan pematuhan terhadap syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan JIM.
c) Melaksanakan swab test di negara mereka berada dan keputusan ujian tersebut hendaklah negatif.
d) Mengemukakan perakuan untuk menanggung sendiri kos kuarantin di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan.
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya melayari portal rasmi www.imi.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi talian Hotline 03-88882010 untuk sebarang pertanyaan.
DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA