Prospek ekonomi positif untuk Malaysia susulan indeks pelopor meningkat – MIDF

Prospek ekonomi positif untuk Malaysia susulan indeks pelopor meningkat – MIDF

KUALA LUMPUR,. Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan dalam tempoh terdekat, dengan Indeks Pelopor (IP) naik 2.5 peratus tahun ke tahun pada November 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam nota penyelidikan hari ini, MIDF berkata perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, eksport produk elektrik dan elektronik dijangka meningkat, mendapat manfaat daripada fasa peningkatan teknologi global yang berterusan,” katanya.

Pada Jumaat, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa prestasi ekonomi Malaysia kekal positif, dengan IP meningkat 2.5 peratus pada November 2024 kepada 112.6 mata daripada 109.9 mata pada bulan yang sama tahun lepas.

Menurut MIDF, pertumbuhan tahunan yang mampan itu disebabkan prestasi Indeks Perindustrian Bursa Malaysia yang kukuh, melonjak 24.6 peratus tahun ke tahun.

“Pemacu utama kepada pertumbuhan indeks ialah jangkaan nilai jualan pembuatan, Indeks Perindustrian Bursa Malaysia dan bekalan wang sebenar,” katanya.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )