PRU15: Hasrat Ayahanda Rani untuk Parlimen P132

PRU15: Hasrat Ayahanda Rani untuk Parlimen P132

PORT DICKSON — Calon bebas yang dikenali dengan nama Ayahanda Rani akan bertanding pada PRU ke-15 di Parlimen P132 Port Dickson.

Beliau menyatakan tujuan untuk bertanding adalah kerana beliau mahu memastikan apa yang terbaik untuk rakyat dapat diusahakan.

Ini kerana beliau yang juga dikenali sebagai ‘Raja Report’ merasakan kerajaan terdahulu agak kurang menekankan apa yang rakyat inginkan. Sudah banyak laporan dan bantahan yang beliau suarakan tetapi seperti tiada tindakan yang di buat untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang pernah beliau laporkan atau cadangkan.

Oleh itu beliau merasakan perlunya untuk beliau meningkatkan suara beliau dengan bertanding untuk menjadi calon parlimen, agar beliau dapat memberikan kerjasama pada rakyat dengan lebih efisien.

Beliau juga berharap rakyat akan memberi sokongan pada beliau terutama di kawasan Port Dickson dimana beliau akan bertanding dan beliau akan dapat memberikan yang terbaik pada rakyat dengan kuasa yang ada padanya selaku ahli parlimen jika beliau menang kelak.

Ayahanda Rani juga berkata, beliau yang juga datang dari rakyat bawahan pasti akan lebih memahami kehendak rakyat dan beliau juga pasti akan mendengar apa-apa cadangan dari rakyat dan akan membawa apa-apa cadangan yang bernas untuk kebajikan, ekonomi dan keperluan rakyat.

Apatah lagi beliau selaku ‘veteran’ yang berpengetahuan dalam bidang pentadbiran, peperangan, pertahanan dan lain-lain.

Beliau juga berharap sokongan dari Pihak Beruniform untuk turut memberi sokongan pada beliau.

Beialu akan bertanding sebagai calon no 3 dengan menggunakan logo pen di P132 Port Dickson pada 19 November ini.

Wartawan — Ramani, Abd Rahman, Zian Hafiz dan Md Faisal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )