PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri – Azhar

PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri – Azhar

KUALA LUMPUR: Ketua-ketua parti politik yang memenangi jumlah kerusi substantial pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dimaklumkan berkenaan keperluan pembentukan kerajaan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi satu kenyataan berkata, mereka diminta mengemukakan nama parti-parti dan Ahli-Ahli Parlimen Bebas sekiranya ada yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi melalui surat akuan berkanun (SD) oleh ketua parti.

“Mereka juga diminta menamakan seorang daripada Ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun daripada setiap Ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut yang dinyatakan dengan terang dan jelas,” kata Azhar dalam kenyataan itu.

Menurut Azhar, dokumen-dokumen yang tersebut di atas perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (Isnin, 21 November) sebelum pukul 2 petang.

sumber – Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)