PRU15: Pas guna simbol ‘bulan’ di Kelantan, Terengganu, Kedah

PRU15: Pas guna simbol ‘bulan’ di Kelantan, Terengganu, Kedah

MARANG: Pas memutuskan untuk menggunakan logo parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas terbuka mengenai penggunaan simbol bagi negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah yang akan dibincangkan di peringkat Perikatan Nasional (PN).

Pas merupakan salah satu parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), selain Bersatu, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Terengganu, Kelantan dan Kedah memang Pas kuat (jadi) kita pakai simbol ‘bulan’. Negeri lain kita serah hendak pakai simbol apa. Kita buat keputusan, kita akan bincang.

“Negeri lain ini mereka tidak berapa tahu hal-hal Pas. Orang Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah tahu. Negeri lain tidak apalah, kita maafkanlah,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha bersempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera di Pantai Peranginan Kelulut di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam dilaporkan berkata Pas membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah.

sumber – BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)