PSG sah juara Ligue 1

PSG sah juara Ligue 1

PARIS,. Paris Saint-Germain dinobatkan selaku juara Ligue 1 hari ini selepas liga bola sepak Perancis mengumumkan musim yang terganggu akibat COVID-19 sudah berakhir.

PSG mendahului liga dengan 12 mata berbanding Marseille apabila musim ditangguhkan pada pertengahan Mac kerana penularan COVID-19 yang mengorbankan lebih 24,000 orang di Perancis.

Pengumuman LFP itu hadir selepas Perdana Menteri, Edouard Philippe berkata Selasa lalu bahawa “liga sukan profesional, terutama bola sepak, tidak boleh dimulakan kembali” kerana pandemik berkenaan.

“Tiada keraguan mengenai perintah ini. Kami perlu membuat keputusan akhir mengenai musim ini. Kami menyatakan bahawa musim 2019-20 sudah berakhir,” kata Presiden LFP, Nathalie Boy de la Tour.

Perancis menjadi liga Eropah terbesar menamatkan musim ketika negara jiran, England, Jerman, Itali dan Sepanyol memikirkan untuk kembali menyambungnya.

Menolak kemungkinan meniru langkah Belanda yang membatalkan musim mereka tanpa juara, pasukan tersingkir atau naik taraf, LFP menggunakan kedudukan terakhir liga berdasarkan purata mata setiap perlawanan.

Sejumlah 10 pusingan perlawanan masih berbaki apabila kempen tergendala ketika PSG dan Strasbourg masing-masing memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Justeru PSG dinobatkan juara dengan mata purata 2.52 setiap perlawanan manakala skuad kendalian Andre Villas-Boas, Marseille kedua dengan purata 2 mata dan layak ke Liga Juara-Juara. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )