PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000 sempena Tahun Baharu Cina 2022

PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000 sempena Tahun Baharu Cina 2022

KUALA LUMPUR,. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan hampir RM100,000 kepada semua pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), melalui kempen Gong Xi Ang Pow 2022.

Menurut PTPTN dalam satu kenyataan hari ini, penganjuran kempen bermula semalam sehingga 15 Feb itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina, selain sebagai penghargaan kepada pendeposit yang setia memilih simpanan SSPN.

Bertemakan ‘Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!’ seramai lapan pemenang bagi setiap negeri akan dipilih bagi memenangi antara lain televisyen pintar, periuk tekanan tinggi dan basikal lipat, selain hadiah sagu hati berupa angpau bernilai RM388.

Menurut PTPTN, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu cabutan secara automatik untuk menyertai kempen ini.

Dalam pada itu, pendeposit juga akan menikmati pelbagai keistimewaan Simpan SSPN yang disediakan, seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow 2022, pembukaan akaun Simpan SSPN dan penambahan simpanan boleh dilayari melalui portal www.lovesspn.com.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)