
Pulau Pinang Syurga Penggemar Raja Buah
Balik Pulau,. Musim durian kembali lagi di dahului utara tanah air Gelombang pertama musim durian di Pulau Pinang dijangka berlangsung sehingga awal Jun ini dan diikuti gelombang kedua antara pertengahan Jun hingga Julai.
Sudah tentunya bagi penggemar Raja buah ini tidak hendak Pelancongan ke uatra tanah air bagi menikmati dan merasai kesedapan buah durian Pulau Mutiara tahun ini,
Musim durian di Pulau Pinang akan melalui gelombang ketiga yang dijangka bermula Ogos sehingga bulan September akan datang.
difahamkan oleh pemilik dusun durian berkata tahun ini mungkin mengalami tiga gelombang penuaian durian kerana ia sudah mula gugur, menandakan musim ini berpotensi menjadi lebih panjang dengan bekalan durian yang lebih banyak,” katanya lagi.
Di memaklumkan bahawa Pulau Pinang menghasilkan pelbagai jenis spesies durian antaranya Black Thorn (Duri Hitam), Udang Merah (Ang Hae) dan Musang King yang menjadi pilihan ramai setiap kali musim durian tiba.
Sememangnya Durian jenis ini sentiasa dicari penggemarnya bila musim tiba,walaupun dengan Harganya yang agak tinggi tapi bagi penggemar itu bukan masaalah yang penting dapat menikmatinya sebagai satu kepuasan bagi mereka,
“Pada masa ini, varieti 604, Ting Xiang, Xiao Hong, Khun Poh, Musang King, dan Black Thorn telah mula ‘jatuh’ dari pokok.
“Perkara yang membuatkan durian Pulau Pinang istimewa adalah ia masak secara semula jadi.
“Kita tidak menggunakan kaedah tiruan untuk memaksa buah masak bagi memastikan setiap durian yang dirasai adalah asli dengan khasiatnya.
Selain itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai durian, daripada sejarah dan jenisnya sehinggalah fakta menarik tentang durian Pulau Pinang, sila layari www.mypenangdurian.com.
–GERBANGPOST